jobholds
Laundry Operator - Ipoh
ماليزيا
•
تاريخ النشر: 2025-11-22
•
106 مشاهدة
تفاصيل ومتطلبات الوظيفة
Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian ‘laundry’ seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian ‘Laundry’. Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk: Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan. Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan Memastikan semua mesin berkeadaan baik Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda. Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa. Requirements Calon yang ideal memiliki: Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan Bersedia untuk bekerja lebih masa Boleh bekerja berdiri Berkebolehan menulis, membaca dan mengira Sangat Diingini Jika Anda: Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan Memiliki kebolehan sebagai ‘Team Leader’ Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi Benefits Ganjaran dan Faedah: Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda) Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital Faedah rawatan pesakit luar Faedah rawatan mata dan gigi Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil. Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG Peluang Sama Rata Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka. Lokasi: Rentokil Initial (Ipoh) No. 22A & 26 Lebuh Perusahaan Klebang 9, Kawasan Perusahaan Klebang IGB, 31200 Chemor, Perak.
وظائف مشابهة قد تهمك
Pest Control Technician | Porirua
نيوزيلاندا
عرض →
2 X Pest Control Operators - Claremont: WC
جنوب أفريقيا
عرض →
Pest Control Technician | Shepparton
أستراليا
عرض →
Territory Manager - Hygiene and Pest
فيجي
عرض →
Cleaner Driver (Multiple Position)
أستراليا
عرض →
Assistant Driller
كرواتيا
عرض →
Residential Pest Control Technician | New Plymouth or Whanganui
نيوزيلاندا
عرض →
Pest Control Technician
كندا
عرض →
Pest Control Service Technician - ASP
أستراليا
عرض →
ملخص الوظيفة
المجال / التصنيف
عمال
الدولة
ماليزيا
نوع الدوام
دوام كامل
إعلان وظيفة موثوق ومعتمد
تم التحقق من بيانات الإعلان لضمان تجربة تقديم آمنة ومباشرة للباحثين عن عمل.